Apresiasi Muzik Gamelan


Sejarah Gamelan


Kesenian Gamelan Melayu dipercayai berasal dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrumen muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyengat, Riau ke Pahang pada tahun 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III (1761-1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai ‘Joget Pahang’.

Pengaruh kesenian ini berkembang pula di Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan Tengku Long, puteri Sultan Ahmad (Pahang) dengan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) dari Terengganu pada 1885. Walaupun perkahwinan diraja ini tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III sangat tertarik terhadap seni gamelan dan seterusnya mengembangkan kesenian ini di istana Terengganu dengan meminjam instrumen dan pemuzik dari Riau-Lingga; tanpa penari.

Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam pada 1913 telah menyumbang kepada kesinambungan gamelan Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-Lingga dan Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke Terengganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam; dan turut membawa bersama set gamelan miliknya. Tengku Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan Tengku Sulaiman.

Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, baginda berhasrat menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu dengan bantuan bekas pemuzik gamelan dari Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampuan Mariam memimpin latihan gadis-gadis tempatan menari Joget Pahang yang telah ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu.



Peranan setiap alat muzik Gamelan Melayu


Ensembel Gamelan Melayu terdiri daripada lapan jenis instrument iaitu gambang kayu, keromong, kenong, saron peking, saron barung, saron demung, gendang dan sepasang gong (agung, suwukan) (Norshafini Jaafar et.al, 2015). Menurut Tan Sooi Beng & Patricia Matusky, (1998), Gamelan Melayu yang terdapat di istana Pahang dan Terengganu juga terdiri daripada lapan alat muzik seperti yang dinyatakan. Berikut merupakan peranan setiap alat muzik Gamelan Melayu seperti yang pernah dibincangkan oleh Patricia Matusky & Tan Sooi Beng, (1997) :

               i.         Gambang Kayu

Gambang Kayu merupakan susunan dua puluh lapan bilah kayu keras yang telah di laras bunyinya dan disusun atas kotak kayu yang berfungsi sebagai penggema (resonator). Instrument ini memainkan melodi asas dengan menggunakan sepasang kayu pemukul yang dipukul secara serentak pada bahagian bilah oktaf rendah (tangan kiri) dan tinggi (tangan kanan).

              ii.        Keromong



Keromong atau Bonang terdiri daripada sepuluh buah gong kecil yang yang disusun atas tapak mendatar dalam kedudukan menyongsang bagi setiap satu oktaf nada. Gong-gong ini disusun dalam dua baris dimana gong-gong yang mempunyai oktaf rendah diletakkan pada baris pertama dekat dengan pemain dan sebaliknya kepada gong yang mempunyai oktar lebih tinggi (Tan Sooi Beng & Patricia Matusky, 1998). Sepasang pemukul digunakan untuk menghasilkan pic tertentu pada dua oktaf ini.  Kerumong merupakan alat muzik gamelan yang memainkan melodi utama.

             iii.        Kenong


Kenong terdiri daripada lima  buah gong besar. Ia merupakan alat muzik yang mempunyai susunan 1 oktaf sahaja. Ia berfungsi sebagai penanda masa dalam sistem muzik Gamelan Melayu.
             iv.       Saron Pekin


Saron Peking mempunyai saiz yang paling kecil dan bilah yang tebal berbanding alat saron lain. Ia merupakan alat muzik yang mempunyai nada oktaf tertinggi dalam keluarganya. Alat muzik ini berperasan membungakan melodi pokok dalam ensambel gamelan dengan cara menggandakan melodi asas atau pokok (double the main melody).

              v.        Saron Baron
                         
Mempunyai bentuk yang lebih besar dari Saron Peking. Bernada oktaf tengah (
middle octave) di dalam keluarga saron. Alat ini berperanan membawa melodi asas atau melodi pokok dan melodi cincang.  

             vi.        Saron Demung



Berbentuk sama seperti Saron Peking dan Saron Barung tetapi saiznya lebih besar dari Saron Barung. Ia mempunyai nada oktaf terendah di dalam keluarga Saron.

            vii.        Gendang



Merupakan alat yang mempunyai dua permukaan iaitu permukaan kecil yang menghasilkan nada lebih tinggi ‘tak’ dan permukaan besar yang mempunyai nada yang lebih rendah ‘duh’. Gendang merupakan alat muzik gamelan yang paling penting yang berperanan memberi rentak dalam lagu-lagu Gamelan Melayu. Pola paluan gendang berperanan menyampaikan isyarat kepada semua ahli ensembel berkaitan tempo, peralihan frasa melodi, ulangan dan penutup.

          viii.         Gong (ageng, suwukan)



Sepasang gong digunakan di dalam permainan muzik gamelan iaitu Gong ageng dan Gong suwukan. Gong ageng mempunyai saiz yang lebih besar dan mempunyai nada yang paling rendah dalam ensembel Gamelan Melayu. Manakala Gong suwukan mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dengan Gong ageng. Gong suwukan menghasilkan pic yang tinggi sedikit daripada gong ageng (Tan Sooi Beng & Patricia Matusky, 1998).


Klasifikasi Sach-Hornbostel untuk alat muzik Gamelan



Lagu-lagu Gamelan Melayu


  1. Timang Burung
  2. Topeng
  3. Togok
  4. Ayak-ayak
  5. Lambang Sari
  6. Antawada

Comments