Klasifikasi Sach-Hornbostel





Pada 1914 Curts Sachs dan Eric Von Hornbostel telah mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak termasuk dalam klafikasi alat muzik orkestra barat.
Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan kasifikasi yang terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.

Idiofon
Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain..

Erofon
Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

Kordofon
Alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.

Membranofon
Mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat muzik yang diperbuat daripada kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Elektrofon
Alat muzik yang menggunakan elektrik. Pembesaran suara – penggunaan sirkit-sirkit elektronik bagi tujuan mengubah bunyinya.

Comments