Menulis Skor Muzik Melalui Web

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini cikgu ingin berkongsikan kepada semua pelajar cikgu menggenaikan satu kaedah untuk menulis notasi muzik melalui laman web. Kewujudan laman web ini telah memudahkan lagi pelajar muzik untuk menulis notasi muzik sama ada untuk tujuan latihan, mencipta lagu, menyalin semula notasi dan sebagainya. Sebelum ini, pelajar muzik perlu memiliki komputer dan perisian notasi muzik sendiri seperti Finale, Sibelius, Encore dan sebagainya. Untuk memiliki perisian seperti ini pelajar perlu membelinya. Selai itu, pengguna perisian seperti ini adalah terhad dan hanya boleh digunakan pada peranti komputer yang telah di install perisian tersebut sahaja. Kini semua pelajar boleh memiliki akaun aplikasi web penulisan notasi muzik yang boleh diakses dimana-mana sahaja pada pelbagai perantiu mudah alih dan komputer.

Lama web yang dimaksudkan ialah : noteflight.com


Pelajar boleh sing up web berkenaan menggunakan akaun email peribadi atau akun email yang telah KPM sediakan.

Berikut cikgu kongsikan beberapa tutorial yang telah disediakan oleh pihak noteflight.com


Getting Started with Noteflight: Creating Your First Score


Getting Started with Noteflight: The Score Editor




Comments