Latihan menulis Skor Muzik Melalui Web

Assalammualaiku dan salam sejahtera. Di sini cikgu kongsi langkah-langkah untuk menyalin semua notasi lagu pertama anda dan langkah-langkah untuk anda kongsikan hasil kerja anda di GoogleClassroom.

Langkah 1

Create new score. Pada skor baru, anda boleh mengubah tajuk skor anda serta lain-lain lagi dengan cara klik pada perkataan (Title),(Subtitle), (Composer) dan lain-lain lagi.


Langkah 2

Ini merupakan hasil pengubahsuaian yang telah cikgu lakukan. Anda boleh menggunakan nama anda sendiri.

Langkah 3

Untuk memasukkan not pada bar, klib bar berkenaan sehingga menjadi warna merah


Langkah 4

Masukkan not pada kawasan bewarna merah. Jika anda tersalah letak not, anda boleh menyeret not yang anda telah tulis tadi sama ke atas atau bawah.



Langkah 5

Keadaan not yang anda telah tulis.

Langkah 6

Anda boleh mengubah nilai not dari kerocet ke nilai not lain seperti kuaver. Pastikan not pada skor telah di pilih dengan cara klik pada not berkenaan. Seterusnya tukar nilai note seprti yang ditunjukkan pada bulatan hitam di bawah. Bulatan merah jambu pula menunjukkan hasil nilai not yang telah ditukar.

Langkah 7

Cuba anda salin skor berikut.



Langkah 8

Klik "Score Detail" pada penju kanan skrin peranti anda . Seterusnya anda akan kelihatan sebuah tetingkap kecik seperti ini. Cari icon "share" dan Copy Link to Score. Skarang anda boleh kongsikan hasil kerja anda pada guru dan rakan-rakan dengan cara paste kan link tersebut.


Langkah 9

Sebelum anda kongsikan hasil kerja anda, pastikan orang lain tidak dihalang untuk melihat skor berkenaan dengan cara klik butang edit pada ruangan "Score Detail" (Langkah 8) yang tetera perkataan share. Tetingkap berikut akan muncul.



Langkah 10

Pastikan anda mengikut tetapan yang ditunjukkan pada Langakh 9 dan 10. Setelah selesai anda boleh ulangi langkah 8 untuk kongsikan hasil kerja anda.



SELAMAT MENCUBA

Comments